BANGSA DAYAK MENURUNKAN BANGSA-BANGSA LAIN (summary).

Peta Penghijrahan bangsa Dayak ke luar Borneo.

1. Dusunic Dayak menurunkan bangsa Visayan.

Sejarah lisan Dusun mengatakan, 800 tahun lalu sebahagian nenek moyang bangsa Dusunic telah keluar dari kerajaan Poni (Brunei Kuno) dan mula berhijrah ke Nunuk Ragang Sabah dan Panay Filipina (Shim, 2007:18). Para bangsawan Poni yang berhijrah ke Panay Filipina terdiri dari sepuluh orang datu yang berhijrah dari Poni ke Panay melalui Sabah dan beliau mengatakan sepuluh datu ini berasal dari Sabah (Guillermo, 2011:413). Sejarah lisan ini disokong pula oleh sejarah lisan dari Panay seperti yang direkod dalam karya tulisan Pedro Alcantara Monteclaro  yang bernama “Maragtas” (Scott, 1984). Di dalam cerita “Maragtas”. Kaum Visayan mengatakan nenek moyang mereka berasal dari Borneo, berhijrah kerana melarikan diri dari penindasan Raja Makatunau. Kaum Dusunic yang berhijrah ke Panay telah berkahwin campur dengan bangsa Aetas, bangsa negrito di Panay, sehingga hasil perkahwinan campur ini menghasilkan bangsa Visayan.  Beberapa penulis meletakkan tarikh yang berbeza kepada peristiwa di dalam “Maragtas”, iaitu tahun 1212 masihi (Guillermo, 2011:413) dan tahun 1225 masihi (Scott, 1984:151; Beyer, 1949:296; Soncuya, 1917:10). Kita mengetahui, kisah penghijrahan ini ada kaitannya dengan peperangan antara Kerajaan Poni dengan Kerajaan Melanau pada abad-13, yang membawa kepada keruntuhan kerjaaan Poni Kuno (Karim, 2016:39). Beberapa historian mengatakan Raja Makatunau atau Raja Tugau dari Kerajaan Melanau telah bersekutu dengan Orang Banjar (G.E Villanueva, 2013:4), semantara menurut Pusat Sejarah Brunei, Raja Makatunau bergabung dengan Kerajaan Sambas, atau lebih tepat Kerajaan Dayak  yang bernama Kerajaan Tanjungpura (Karim, 2016:54; Brown, 1978:46-56).

Dusun Lotud (Dusunic), Sabah.
Visayan, Filipina.

2. Land Dayak menurunkan bangsa Rejang.

Suku Rejang merupakan suku yang menetap di Bangkhulu, Sumatera. Idea terawal pengelompokan bahasa Rejang dilakukan oleh Blust pada tahun 1981, ketika beliau mengelompokkan bahasa Rejang dengan rumpun bahasa Melayu, Sunda dan Maloh, di mana teori ini dilawan oleh Adelaar pada tahun 1991 dan pada tahun 1992 Blust menyetujui dengan pendapat Adelaar (Richard, 2003:6). Linguist bernama Richard pula mengeluarkan paper pada tahun 2003, di mana beliau mencipta hipotesis pengelompokan baru bahasa Rejang dengan meletakannya di bawah rumpun Land Dayak; beliau mengatakan bahwa bahasa Rejang dikatakan berasal dan berkembang di Borneo (Richard, 2003:7). Beliau mengatakan bahwa suku Rejang berhijrah dari Borneo ke Sumatra sekitar 1200 BP (Richard, 2003:8). Di dalam papernya pada tahun 2009, Richard mengembangkan idea yang sama dari papernya pada tahun 2003, di mana beliau mengatakan bahwa bahasa Proto Rejang berasal dari bahasa Proto Bidayuh-Rejang yang terbentuk di Borneo sekitar 3500 BP (Richard, 2009:2). Pada hari ini, bahasa Rejang diklasifikasikan di dalam rumpun Land Dayak di bawah suku Dayak Bidayuh, klasifikasinya adalah seperti berikut : Austronesian, Malayo-Polynesian, Bornean, Land Dayak, Bidayuh, Bidayuh Rejang language, Sadong–Rejang, Rejang.

Bidayuh (Land Dayak), Sarawak.
Rejang, Sumatera.

3. Malayic Dayak menurunkan bangsa Melayu.

Malayic Dayak merupakan istilah yang dipakai oleh linguist untuk menyebut suku bangsa Dayak seperti Iban, Kendayan, Mualang, Salako, etc. Beberapa linguist menciptakan hipotesis mengenai asal usul bahasa Malayic, di mana teori yang paling awal dikemukakan oleh linguist yang bernama H. Kern pada tahun 1889, di mana beliau mencadangkan lokasi awal bahasa Melayu adalah di Semenanjung Malaya (Adelaar, 2004:3). Seiring dengan perkembangan penelitian linguistic di Asia Tenggara, maka penelitian dan pengelompokan bahasa secara insentif mula dilaksanakan. Orang yang pertama kali mengusulkan hipotesis asal usul bahasa Malayic adalah di Borneo adalah Blust pada tahun 1984, di mana hasil dari inspirasi dari hipotesis Blust, Adelaar menyetujui hipotesis Blust tersebut dalam papernya pada tahun 1985 (Adelaar, 2004:4). Di dalam paper Adelaar (1985) dan Blust (1988), kedua-dua linguist ini percaya bahwa kedatangan bangsa Melayu di pesisir pantai Borneo adalah kerana “back-migration” dari Sumatra dan Semenanjung Malaya. Menurut mereka, leluhur Melayu adalah Dayak Malayic dari Kalimantan Barat yang berhijrah ke Sumatra, sebelum ke Semenanjung Malaya. Mereka kemudian mendirikan kerajaan maritime, berkahwin campur dengan pelbagai bangsa sehingga berevolusi menjadi bangsa dengan bahasa dan budaya yang baru. Bahasa dan budaya Melayu dipengaruhi dengan kuat oleh kebudayaan dari India, China dan Arab.

Iban (Malayic Dayak), Sarawak.
Melayu Riau, Sumatera.

4. Barito Dayak menurunkan bangsa Malagasy.

Adelaar dalam papernya pada tahun 1995, mengutip hasil penelitian linguistic Dahl pada tahun 1951 yang membuktikan kedekatan antara bahasa Malagasy dengan bahasa Dayak Manyaan (Adelaar, 1995:326). Di dalam thesis Dahl, beliau mengusulkan penghijrahan bangsa Malagasy dari Borneo ke Magadascar pada abad-5 masihi, di mana terjadi perkahwinan campur dengan bangsa Bantu yang juga berhijrah dari Afrika Timur ke Magadascar (Adelaar, 1995:327). Walaubagaimanapun, Adelaar meletakkan tarikh penghijrahan bangsa Malagasy antara abad-7 sehingga abad-13 masihi, di mana beliau memilih abad-7 masihi sebagai abad yang paling mungkin penghijrahan bangsa Malagasy dari Borneo ke Magadascar (Adelaar, 1995:328). Adelaar juga mengutip “monograph” dari Dahl yang dipublish pada tahun 1991, “Migration from Kalimantan to Madagascar,” di mana di sini Dahl mengatakan suku Lom di Bangka berasal dari suku Maaanyan; dia mengasumsikan bahwa suku yang menetap di Bangka iaitu Sekak adalah bangsa Bajau yang telah membawa nenek moyang suku Malagasy dari Borneo ke Magadascar (Adelaar, 1995:330). Dari segi bahasa, Maanyan  berkongsi sekitar 90% “basic vocabulary” dengan bahasa Malagasy, selain berkongsi dengan bahasa bangsa Bantu dari Afrika Timur (Matthew E. Hurles, 2005).


Maanyan (Barito Dayak), Kalimantan Selatan.
Malagasy girl, Magadascar.

DUSUN DAHULUNYA BANGSA MARITIME.

Dari Maritime Ke Agraria.

Menurut sejarah lisan Dusun, ratusan tahun lalu mereka merupakan bangsa maritime yang sebahagian besarnya menetap di kawasan daerah pesisir Pantai Barat Borneo seperti pesisir Brunei, Beaufort, Bongawan, Kimanis, Papar, Tuaran, Tempasuk, Marudu, etc. Penghijrahan besar-besaran bangsa Dusun ke daerah pedalaman terjadi kerana peperangan antara kerajaan jiran, tapi sebahagian tetap menetap di daerah pesisir dan terus menjadi bangsa maritime. Penghijrahan bangsa Dusun ke pedalaman melahirkan bangsa maritime dan agraria, pedagang dan petani. Jikalau suku kaum Dusun di daerah pesisir menjadikan “ambulang” atau sagu sebagai makanan ruji mereka, suku kaum Dusun pedalaman pula menjadikan“wagas” sebagai makanan ruji mereka. Kemungkinan padi dibawa ke Borneo pada zaman pengaruh China ke Borneo. Dari sejarah lisan dan sejarah tertulis diketahui, kaum Dusun maritime memiliki pengkalan di kawasan Marudu, Tuaran,Papar, Kimanis, Bongawan, Klias dan Brunei. Kaum Dusun maritime seperti di Tuaran, Marudu, Bongawan dan Brunei bertukar menjadi kaum Dusun agraria ketika mereka berhijrah ke pedalaman kerana peperangan dan ketika bangsa maritime baru datang menggantikan mereka. Pada zaman kerajaan Poni, tiga pelabuhan utamanya adalah Igan, Brunei dan Marudu.

Kemudian wujud dua pusat kebudayaan Dusun, budaya agraria berpusat di Nunuk Ragang dan budaya maritime berpusat di kawasan pesisir dari Brunei sampai ke Marudu. Kerana kaum Bajau, Iranun, Suluk dan Melayu belum wujud pada zaman ini, maka wilayah maritime dari Brunei sampai Marudu dikuasai kaum Dusun pesisir. Ketika kedatangan kaum Melayu sekitar tahun 1400an di pusat kerajaan Poni di Brunei, mereka berakhwin campur dengan penduduk tempatan Brunei yang pada ketika itu merupakan bangsa penutur Dusunic dan mula mengambil alih kuasa kepemerintahan dan kuasa maritime kerajaan Poni melalui perkahwinan campur dan penyebaran budaya Melayu. Maka kuasa maritime kaum Dusun mula berkurangan (digantikan oleh kaum Melayu), walaupun masih ada beberapa suku kaum Dusun pesisir yang masih memiliki kuasa maritime. Ketika kaum Bajau, Iranun dan Suluk berhijrah keSabah mulai tahun 1600-1700an, daerah pesisir mula didominasi oleh ketiga-tiga suku kaum ini. Suku kaum Balangingi dan Iranun yang menjalankan kegiatan perlanunan membina markas mereka di Marudu, Tempasuk, Banggi, Papar, Tauran,Pulau Gaya, Pulau Tiga, etc, sehingga mengubah dominasi laut daripada bangsa Dusunic kepada kepada bangsa baru yang berhijrah ini.


Amit Guntawoi,  a Dusun Bobolian from Kimanis.

Ketika bangsa-bangsa baru ini mula mendominasi pesisir Sabah, satu-satunya suku kaum Dusun yang paling terakhir menjadi kuasa maritime adalah kaum Dusun di Kimanis. Mulai tahun 1770 sebuah kilang dibina di Pulau Balambangan, menandakan bermulanya penjajahan British di North Borneo. Menurut catatan sejarah, kawasan penempatan di Balambangan ini kemudian ditinggalkan oleh British kerana sering diserang oleh lanun. Dalam satu catatan Alexander Dalrymple, ia mengatakan bahwa kaum Idaan (Dusun) di Kimanis memiliki perahu layar yang membawa mereka ke Jawa. Alexander Dalrymple dalam laporannya mengenai latar politik untuk daerah Kimanis pada tahun 1769 mencatatkan nama Orang Kaya Pulang (atau Datu Pulang) dan Orang Kaya Pahul, dua tokoh Dusun Kimanis. Dalam legenda Dusun Kimanis, Datu Pulang atau Orang Kaya Pulang dalam catatan Dalrymple merupakan penguasa Kimanis, di mana beliau memiliki seorang kawan yang menetap dikawasan hilir Sungai Kimanis yang bernama Datu Polumpung yang diktakan tinggal sekampung dengan Datu Pulang tapi puaknya tidak membina rumah panjang seperti puak Datu Pulang. Puak Datu Pulang memungut hasil hutan, semantara puak Datu Polumpung mengumpulkan hasil laut, kedua-dua puak saling bertukar barang.

Kimanis River (foursquare.com).

Ada kemungkinan puak Datu Polumpung merupakan kaum Dusun maritime yang mula mengikuti sistem penempatan Melayu Brunei. Alexander Dalrymple mengatakan, kaum Dusun di Kimanis pada tahun 1769 ketika itu masih melakukan pelayaran maritime ke Jawa untuk berdagang. Semantara itu dalam buku Dr. Leyden yang dipublish oleh Batavian Society of Arts and Sciences pada tahun 1814 mengutip catatan Alexander Dalrymple mengenai bangsa Dayak Idaan (Dusun) di kawasan Kimanis yang membuat perahu layar untuk berdagang ke Jawa (Dr.Leyden 1814:9). Logan dalam buku journalnya pada tahun 1852 telah datang ke Sabah dan mencatatkan informasi mengenai budaya masyarakatnya secara singkat.Beliau menyebut mengenai bangsa Dayak Idaan (Dusun) di Sungai Kimanis yang dahulu merupakan bangsa maritime yang melakukan pelayaran perdagangan ke Jawadan pusat perdagangan jarak jauh lain (Logan 1852:1-2). Catatan Logan pada tahun 1852 menunjukkan kaum Dusun Kimanis baru saja meninggalkan perdagangan maritime mereka, menjadikan mereka suku kaum Dusun yang terakhir meninggalkan budaya maritime. Penguasa bangsa Dayak Idaan (Dusun) di Kimanis ketika (1852) itu adalah Orang Kaya Lamit, penguasa kaum Dusun Kimanis. Semantara penguasa daerah Tamparuli ketika itu pula adalah Datu Maharaja Denda, penguasa bangsa Dayak Idaan (Dusun) di seluruh daerah Tamparuli. Ini bererti, mulai tahun 1852, kaum Bajau, Iranun dan Suluk mula menjadi penguasa maritime baru daerah pesisir Sabah, di mana mereka mula membina penempatan di seluruh pesisir Sabah menggantikan kaum Dusun. Kaum Dusun ketika itu menghentikan budaya maritime kerana penghjrahan tiga bangsa dariFilipina yang ketika itu mendominasi penempatan dan perdagangan pesisir Sabahdan juga menjalankan aktiviti perlanunan. Banyak perkampungan suku-suku Dusunyang lenyap kerana diserang lanun, samada mereka ditawan atau mereka behijrahjauh dari kawasan pantai bagi mengelakkan serangan lanun.

Penghijrahan Bangsa Dusunic ke Sabah dan Filipina.

Menurut sejarah, kerajaan Poni rapuh pada tahun 1362 kerana serangan dari dua penjuru (dari Sulu dan Melanau). Kerajaan bangsa Dusunic ini diserang oleh Kerajaan A-Liko dari kaum Dayak Melanau yang memiliki sekutu dari banyak etnik di Sarawak dan dibantu oleh pasukan dari Sambas. Kerana tahun ini, Majapahit menguasai sebahagian besar pesisir Borneo, maka kemungkinan serangan A-Liko ini dibantu oleh Majapahit. Ketika itu, bala tentera kerajaan A-Liko dan sekutu-sekutu mereka menyerang sampai ke Tutong, di mana Raja Tugau dari A-Liko menetap di Tutong. Para pembesar dan kaum Dusunic di Brunei mengambil keputusan untuk berhijrah ke Filipina dan ke Nunuk Ragang Sabah (Shim 2007:18). Kelompok bangsa Dusunic yang berhijrah ke Nunuk Ragang ini dipimpinan Datu Gomurun dan Pangeran Wodung bersama 8 Datu yang lain, semantara kelompok bangsa Dusunic yang berhijrah ke Filipina pula dipimpin oleh Datu Puti, bersama 9 datu yang lain. Sepuluh orang Datu yang berhijrah ke Filipina tiba di Sungai Sariwagan, Panay, bersama rombongan keluarga, para pasukan pahlawan dan hamba abdi sebelum bertemu dengan Raja Marikudo yang berkuasa di kawasan tersebut. Raja Marikudo menjual tanah kepada Datu Puti dan rombongan bangsa Dusunic di bawah pimpinannya dan menetap di Panay. Menurut legenda, Datu Puti merupakan Perdana Menteri dan Datu Paiburong pula merupakan Putera Raja Poni, satu lagi iaitu Pangeran Wodung merupakan Putera Raja Poni yang ditemani oleh Datu Gomurun. 

Dusun Lotud, Tuaran Sabah.

Tujuh datu menetap di Panay, 3 orang datu (Datu Puti, Dumangsil dan Balensusa) yang lain diketuai oleh Datu Puti pula belayar ke Luzon dan mendarat di Tasik Taal di daerah Batangas Luzon. Datu Balensusa dan Datu Dumangsil menetap di sana berserta keluarga dan pengikut mereka, semantara Datu Puti kembali ke Borneo untuk berperang menentang Raja Tugau yang berkerajaan di Tutong, Brunei. Semantara itu, kaum Dusunic di bawah pimpinan Datu Gomurun dan Pangeran Wodung pula berpisah, di mana Pangeran Wodung menetap di pesisir Pantai Barat Sabah semantara Datu Gomurun dan 8 datu yang lain membina penempatan di Nunuk Ragang, sebelum mereka satu-persatu memisahkan diri dan mula mendirikan penempatan di beberapa daerah di pedalaman. Kisah legenda ini merupakan kisah yang menarik, kerana menurut legenda ini, bangsa Dusunic melakukan penghijrahan dengan cara belayar. Kaum Dusunic ketika ini nampaknya masih menguasai perairan utara Borneo. Menurut dari hasil analisis legenda, kita mendapati bahwa kaum Dusunic yang menetap di pedalaman kebanyakannya dari kaum yang hari ini digelar kaum Central Dusun, Labuk Dusun dan bahkan Dusun Paitan. Semantara kaum Dusunic yang berhijrah ke Filipina pula dari kaum Dusunic penutur bahasa Bisaya-Lotud seperti Dusun Lotud, Bisaya, Dusun Brunei, Dusun Tempasuk, Dusun Tatana, Dusun Kadayan dan Dusun Brunei. Maka tidak menghairankan ada cerita legenda Dusun Lotud kononya mereka dahulu bangsa pelayar, mereka membina pelabuhan di Selupoh Tuaran dan mula mendirikan penempatan kekal di Tuaran. Datu Puti yang kembali ke Tutong Brunei, berjaya mengalahkan Raja Tugau dan merampas balik wilayah Poni di Brunei, membolehkan kaum Dusunic seperti Bisaya dan Dusun Brunei kembali ke Brunei.

Bisaya Sabah (http://sktuaridtaud.forumotion.com)

Kadayan Civiliztion of North Borneo.

PONI DAN CHINA.

Dusunic Kingdom of Poni and Yuan Dynasty.


Sejarah Hubungan kerajaan Dusun kuno dan kerajaan China.

1. Dari fakta arkeologi sedia ada, hubungan China dan Sabah dikatakan bermula pada zaman Dinasti Song(960–1279M), yang berterusan sampai zaman Dinasti Yuan (1271–1368M), DinastiMing (1368–1644M) dan Dinasti Qing (1644–1912M), di mana China menjalankan perdagangan di Sabah dengan barangan seramik seperti tembikar (Nurulnatasha 2016:xxx). Tapitidak ditolak kemungkinan hubungan China dan Sabah sudah bermula sebelum zamanDinasti Song. Penemuan artifak seramik yang banyak di  seluruh Sabah menunjukkan Sabah merupakan salah satu laluan maritime perdagangan pada zaman dahulu (Nurulnatasha2016:xxxi), seramik-seramik ini tidak hanya berasal dari China, tapi juga dari negara lain seperti Thailand (Jurnal Arkeologi Malaysia 2017:27).  Menurut catatan China, kerajaan poni yangdidirkan bangsa penutur Dusunic mula mengirim ufti ke China pada zaman Dinasti Song. Raja Poni yang bernama “Xiangda” dalam transliterasi dari bahasa China yang dibakukan dengan beberapa nama seperti Raja Sri Anakda, Raja Sri Nata danRaja Hiang Ta, mengirim utusan ke China pada tahun 977, yang menguasai 14 negeri yang meliputi Brrunei dan Sabah (Wu Zong Yu:75-77, 83).

Gunung Kinabalu, Sabah.

2. Hubungan ini berterusan padazaman raja-raja berikutnya. Dari abad-9 hingga abad-14, kerajaan Poni Dusun kuno ini memerintah dari Brunei sampailah ke Marudu dan pedalaman Sabah,termasuk Gunung Kinabalu. Catatan China pada zaman ini menyebut penduduk di sekitar Gunung Kinabalu yang disebut“Gunung Naga”, penduduknya suka berhias, baik lelaki maupun wanita, merekamenyangulkan rambut mereka dengan sanggul, semantara pinggang dililiti dengan tali pinggang kain yang berwarna-warni. Ada penduduknya yang menganut agama Buddha dan menjalankan hubungan akrab dengan orang China. Penduduknya mengeluarkan hasil seperi kemenyan, madu lebah, sisik kura-kura dan kapur barus untuk didagangkan dengan emas, perak, kain sutera dan peralatan besi dari China(Wu Zong Yu 1994:75-76). Agak menarik kerana pada zaman ini, Raja kerajaan Poni kuno memiliki banyak perkakas yang diperbuat dari emas dan perak, gelang di pergelangan tangannya diperbuat dari emas, semantara makanan utama penduduknyaadalah nasi dan sagu (Wu Zong Yu 1994:96-98). Kisah ini mengingatkan kitadengan kisah Indai, sebuah penempatan Dusun kuno yang dikatakan menjadi kaya kerana emas (Sabahkini, 15 Julai 2012).


Chinese emperor’s clothing in Qing dynasty (Pinterest).

3. Hubungan ini berkembang dari hubungan perdagangan sampailah kepada hubungan politik dan kekeluargaan.Hubungan antara bangsa Dusun dengan dinasti-dinasti di China ini sering digambarkan dalam konteks “Celestial Empire”, bahwa empayar besar negara China pada zaman dahulu memiliki pengaruh secara politik, ekonomi dan bahkan selama beberapa era ke atas kerajaan-kerajaan luar China, termasuk kerajaan yang wujud di Sabah pada zaman dahulu. Ada penulis British yang mensuggestikan bahwa,hubungan Dusun-China yang bercorak politik ini berakhir sekitar 200 tahun lalu,iaitu, sekitar tahun 1720an ketika kuasa Eropah mulai menguasai China. Hubungan yang bercorak politik antara Dusun-China ini dikatakan bertahan sekitar 400 tahun atau sekitar  tahun 1320an-1720an, tapi hubungan secara perdagangan pula kemungkinan telah bermula paling tidak sekitar 2000 tahun dahulu (Hewett 1923:158, 160).


Board of directors of the company (Wikipedia).

4. Ketika penjajah British sampai di Borneo pada abad-18, mereka merasa kagum dengan kemajuan bangsa Dusun dalampertanian. Di antara semua bahagian di Borneo, Borneo Utara disebut memiliki sistem dan peradaban agrarian yang superior dari mana-mana bahagian di Borneo.St. John dalam bukunya pada tahun 1862 mengatakan bahwa, superioriti bangsaDusun dalam pertanian berbanding bangsa-bangsa peribumi Borneo yang lain merupakan salah satu bukti nyata pengaruh peradaban China yang berlangsung lamadi Sabah ke atas penduduk tempatan, di mana teknik pertanian dan sistem pengairan menjadi superior, kerana bangsa Dusun menyerap peradaban pertanian China melalui hubungan antara dua buah kerajaan (St. John 1862:15) iaitu kerajaan Poni dan kerajaan Dinasti Song selama beratus-ratus tahun yang berlanjutan sampai zaman dinasti Yuan dan Ming. Seperti yang terlihat dalam sistem pertanian mereka, maka St. John menduga ini merupakan salah satu bukti kuat mengenai pengaruh kerajaan China keatas bangsa Dusun Sabah, di mana terjadi hubungan antara kerajaan China dan Kerajaan Dusun kuno di Sabah (St. John 1862:264).


Kublai Khan, Yuan Dynasty (asiaculturaltrave.co.uk).

5. Hubungan Dusun dengan China secara politik melalui ikatan “kekeluargaan” pula kemungkinan bermula padazaman dinasti Yuan. Menurut beberapa teori, Mongol di bawah pimpinan Kublai Khan dikatakan telah menyerang Utara Borneo pada tahun 1292, dan menjadikan Sabah dan Kepulauan Sulu sebagai provinsi mereka (Hewett 1923:157). Walaupun kisah penyerangan Sabah oleh Mongol ini tidak memiliki banyak bukti tertulis, tapi kisah ini kemungkinan bole dirasionalkan dengan fakta sejarah ketikaMongol melakukan serangan ke atas kerajaan Singasari di Jawa, bagi menghukum Sri Maharaja Kertanagara dari kerajaan Singasari kerana tidak mau membayar ufeti kepada Kerajaan Dinasti Yuan yang ketika itu diperintah oleh bangsa Mongol; serangan ini dilancarkan pada tahun 1293, dengan sekitar 20, 000 pasukan perang  (Jack 2004:239). Besarkemungkinan, penyerangan ke atas Utara Borneo ini merupakan langkah Kublai Khan mendirikan laluan dan markas serta pelabuhan untuk kapal-kapal mereka, ketika datang ke Jawa untuk menghukum Sri Maharaja Kertanagara. Dalam erti kata lain,Utara Borneo kemungkinan dijadikan pusat persinggahan kapal-kapal Mongol. Tapiada yang mensuggestikan, penjajahan ini berterusan sampai pada zaman DinastiMing (1368–1644M).

Nunuk Ragang (Wikipedia).

6. Agak menarik kerana, ada legenda Dusun kuno mengenai  Dusun dan Mongol. Menurut satu cerita lisan Dusun, Dusun Tagahas yang terkenal dengan kegagahan mereka dalam peperangan mengatakan, leluhur mereka pernah menjadi pasukan tentera Mongol. Ada banyak legenda suku-suku Dusun mengenai kisah pasukan China ke Gunung Kinabalu untuk mendapatkan Gumala Nabalu dari Tobukar. Kononya, pasukan China ini meminta bantuan dari kaum Dusun di Nunuk Ragang. Suku-suku Dusun purba ini menetap di sekitar pohon gergasi Nunuk Ragang, dimana pohon tersebut menjadi pusat penempatan mereka. Suku-suku Dusun purba yang menetap di Nunuk Ragang ini sudah tidak wujud lagi masa kini, kerana ketika mereka berkembang banyak dan mula berhijrah, mereka mula mencipta nama baruuntuk suku mereka. Antara suku-suku Dusun purba Nunuk Ragang adalah suku DusunMaragad, Dusun Tiwango dan Dusun Togunon. Suku yang membantu pasukan China ini untuk mengambil “Butia Nabalu” adalah suku Dusun Maragad. Pada zaman ini, Nunuk Ragang merupakan sebuah pusat kerajaan Dusun purba, yang memiliki raja, memiliki pasukan tentera yang hebat berperang, bahkan memiliki pasukan keselamatan mirip polis untuk menjaga kawasan penempatan Nunuk Ragang. Tidak begitu diketahui samada kerajaan ini kerajaan indipenden atau sebuah “kerajaan satellite” di bawah kerajaan Poni, kerajaan Dusun dari Pantai Barat.

7. Kerajaan Nunuk Ragang ini menguasai kawasan Sungai Labuk, Sugut dan beberapa kawasan lain seperti Kinabatangan, semantara di Hilir Kinabatangan terdapat satu lagi kerajaan yang kemungkinan merupakan kerajaan kaum Buludupih.  Kerajaan Dusun yang lain, iaitu kerajaan Poni,runtuh sekitar tahun 1362 kerana serangan Majapahit dan A-Liko, kerajaan iniberdiri kembali di bawah pimpinan Raja Maha Mosha yang mula memerintah padatahun 1370 Masihi, di mana hubungan Dusun-China kembali dikukuhkan ketika Raja Maha Mosha memindahkan ketuannya dari Majapahit ke China dan mula membayar ufti kepada China. Di dalam legenda Dusun, ada banyak kisah perkahwinan puteri Dusun dengan gabenor, panglima dan pangeran China, salah satunya kisah perkhawinan Raja keturunan China yang menguasai Kinabatangan dengan seorang Puteri Dusun(Suhandinata, 2009:197). Beberapa penulis mensuggestikan koloni di Sabah merupakan sebuah kawasan jajahan, di mana terdapat gabenor China yang memerintah, gabenor tersebut dikatakan telah berkahwin dengan kakak kepada Raja Brunei (Cyril 1966:25). Kisah ini kemungkinan besar terjadi di zaman dinastiYuan; satu catatan menyebut bahwa Kublai Khan telah menyerang Utara Borneo danSulu, menjadikannya salah satu provinsi dinasti Yuan pada tahun 1292 (Hewett1923:157).

Salasilah Dusun Tobilung.

8. Ini agak menarik, kerana banyak orang Dusun yang mengklaim memiliki salasilah mengenai nenek moyang mereka yang berketurunan China, misalnya salasilah Dusun Tobilung, di mana dikatakan nenek moyang mereka ada yang berasal dari China. Ada satu lagi legenda Dusun mengenai Datu Gomurun, seorang penguasa Nunuk Ragang yang berasal dari Brunei, tapi dikatakan berbangsa China dan berasal dari China; kemungkinan juga ia berbangsa Dusun, tapi mengikuti rombongan Raja Poni ke China. Daripada sekian banyak legenda-legenda kuno ini, salah satu yang menarik adalah ceritalegenda kemunculan bangsa Dusun yang diceritakan oleh tokoh Dusun bernama Datu Kabong, tokoh Dusun penguasa Kiau pada zaman penerokaan awal  barat ke pedalaman Sabah. St. John dalam bukunya pada tahun 1862 mencatatkan mengenai kisah ini yang dipetik oleh Cyril dalam bukunya pada tahun 1966. Menurut cerita legenda ini yang diceritakan oleh Datu Kabong, bangsa Dusun kononya terbentuk dari hasil “persetubuhan” antara Putera Maharaja China dengan Puteri Raja Brunei (Cyril 1966:55). Cerita legenda ini kemungkinan ingin mengatakan sejarah kuno pada zaman dahulu kala, Raja Dusun yang menetap di Brunei telah menikahkan puterinya kepada Putera Maharaja China,di mana hasil perkahwinan mereka ini menghasilkan satu dinasti yang memerintah bangsa Dusun selama ribuan dan ratusan tahun


Ivor Hugh Norman Evans (I. H. N. Evans).

9. Artikel ini akan mengundang pertanyaan di benak kita : apakah Dusun ini keturunan China? Singkatnya, Dusun adalah native Bornean sesuai dengan fakta linguistik dan genetik, tetapi beberapa dari leluhur mereka kawin campur dengan orang China pada zaman dahulu. Proses kawin campur ini merupakan perkara biasa dalam semua bangsa d dunia ini. Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dengan panjang lebar oleh dua orang penulis British sejak tahun 1922, iaitu I.H.N Evans dan Owen Rutter, di mana I.H.N.Evans menolak Dusun adalah keturunan China. Beliau mengatakan, yang berlaku adalah adanya kejadian perkahwinan campur antara orang China dengan pendudukperibumi dengan jumlah yang terbatas dan kecil. Budaya ini merupakan budayabiasa yang juga berlaku di kalangan bangsa-bangsa lain selain Dusun, di mana ia berlaku ketika dua bangsa mula tinggal di satu kawasan yang sama dan mula berhubung secara sosio-ekonomi, misalnya melalui perdagangan (Evans 1922:290). Dalam kes Dusun, ia juga terjadi kerana adanya kolonialisme, perdagangan dan hubungan antara dua kerajaan kuno, di mana kerabat diraja kedua kerajaan melakukan perkahwinan campur untuk mengeratkan hubungan.

Kadayan Civilization of North Borneo.