PONI DAN CHINA.

Dusunic Kingdom of Poni and Yuan Dynasty.


Sejarah Hubungan kerajaan Dusun kuno dan kerajaan China.

1. Dari fakta arkeologi sedia ada, hubungan China dan Sabah dikatakan bermula pada zaman Dinasti Song(960–1279M), yang berterusan sampai zaman Dinasti Yuan (1271–1368M), DinastiMing (1368–1644M) dan Dinasti Qing (1644–1912M), di mana China menjalankan perdagangan di Sabah dengan barangan seramik seperti tembikar (Nurulnatasha 2016:xxx). Tapitidak ditolak kemungkinan hubungan China dan Sabah sudah bermula sebelum zamanDinasti Song. Penemuan artifak seramik yang banyak di  seluruh Sabah menunjukkan Sabah merupakan salah satu laluan maritime perdagangan pada zaman dahulu (Nurulnatasha2016:xxxi), seramik-seramik ini tidak hanya berasal dari China, tapi juga dari negara lain seperti Thailand (Jurnal Arkeologi Malaysia 2017:27).  Menurut catatan China, kerajaan poni yangdidirkan bangsa penutur Dusunic mula mengirim ufti ke China pada zaman Dinasti Song. Raja Poni yang bernama “Xiangda” dalam transliterasi dari bahasa China yang dibakukan dengan beberapa nama seperti Raja Sri Anakda, Raja Sri Nata danRaja Hiang Ta, mengirim utusan ke China pada tahun 977, yang menguasai 14 negeri yang meliputi Brrunei dan Sabah (Wu Zong Yu:75-77, 83).

Gunung Kinabalu, Sabah.

2. Hubungan ini berterusan padazaman raja-raja berikutnya. Dari abad-9 hingga abad-14, kerajaan Poni Dusun kuno ini memerintah dari Brunei sampailah ke Marudu dan pedalaman Sabah,termasuk Gunung Kinabalu. Catatan China pada zaman ini menyebut penduduk di sekitar Gunung Kinabalu yang disebut“Gunung Naga”, penduduknya suka berhias, baik lelaki maupun wanita, merekamenyangulkan rambut mereka dengan sanggul, semantara pinggang dililiti dengan tali pinggang kain yang berwarna-warni. Ada penduduknya yang menganut agama Buddha dan menjalankan hubungan akrab dengan orang China. Penduduknya mengeluarkan hasil seperi kemenyan, madu lebah, sisik kura-kura dan kapur barus untuk didagangkan dengan emas, perak, kain sutera dan peralatan besi dari China(Wu Zong Yu 1994:75-76). Agak menarik kerana pada zaman ini, Raja kerajaan Poni kuno memiliki banyak perkakas yang diperbuat dari emas dan perak, gelang di pergelangan tangannya diperbuat dari emas, semantara makanan utama penduduknyaadalah nasi dan sagu (Wu Zong Yu 1994:96-98). Kisah ini mengingatkan kitadengan kisah Indai, sebuah penempatan Dusun kuno yang dikatakan menjadi kaya kerana emas (Sabahkini, 15 Julai 2012).


Chinese emperor’s clothing in Qing dynasty (Pinterest).

3. Hubungan ini berkembang dari hubungan perdagangan sampailah kepada hubungan politik dan kekeluargaan.Hubungan antara bangsa Dusun dengan dinasti-dinasti di China ini sering digambarkan dalam konteks “Celestial Empire”, bahwa empayar besar negara China pada zaman dahulu memiliki pengaruh secara politik, ekonomi dan bahkan selama beberapa era ke atas kerajaan-kerajaan luar China, termasuk kerajaan yang wujud di Sabah pada zaman dahulu. Ada penulis British yang mensuggestikan bahwa,hubungan Dusun-China yang bercorak politik ini berakhir sekitar 200 tahun lalu,iaitu, sekitar tahun 1720an ketika kuasa Eropah mulai menguasai China. Hubungan yang bercorak politik antara Dusun-China ini dikatakan bertahan sekitar 400 tahun atau sekitar  tahun 1320an-1720an, tapi hubungan secara perdagangan pula kemungkinan telah bermula paling tidak sekitar 2000 tahun dahulu (Hewett 1923:158, 160).


Board of directors of the company (Wikipedia).

4. Ketika penjajah British sampai di Borneo pada abad-18, mereka merasa kagum dengan kemajuan bangsa Dusun dalampertanian. Di antara semua bahagian di Borneo, Borneo Utara disebut memiliki sistem dan peradaban agrarian yang superior dari mana-mana bahagian di Borneo.St. John dalam bukunya pada tahun 1862 mengatakan bahwa, superioriti bangsaDusun dalam pertanian berbanding bangsa-bangsa peribumi Borneo yang lain merupakan salah satu bukti nyata pengaruh peradaban China yang berlangsung lamadi Sabah ke atas penduduk tempatan, di mana teknik pertanian dan sistem pengairan menjadi superior, kerana bangsa Dusun menyerap peradaban pertanian China melalui hubungan antara dua buah kerajaan (St. John 1862:15) iaitu kerajaan Poni dan kerajaan Dinasti Song selama beratus-ratus tahun yang berlanjutan sampai zaman dinasti Yuan dan Ming. Seperti yang terlihat dalam sistem pertanian mereka, maka St. John menduga ini merupakan salah satu bukti kuat mengenai pengaruh kerajaan China keatas bangsa Dusun Sabah, di mana terjadi hubungan antara kerajaan China dan Kerajaan Dusun kuno di Sabah (St. John 1862:264).


Kublai Khan, Yuan Dynasty (asiaculturaltrave.co.uk).

5. Hubungan Dusun dengan China secara politik melalui ikatan “kekeluargaan” pula kemungkinan bermula padazaman dinasti Yuan. Menurut beberapa teori, Mongol di bawah pimpinan Kublai Khan dikatakan telah menyerang Utara Borneo pada tahun 1292, dan menjadikan Sabah dan Kepulauan Sulu sebagai provinsi mereka (Hewett 1923:157). Walaupun kisah penyerangan Sabah oleh Mongol ini tidak memiliki banyak bukti tertulis, tapi kisah ini kemungkinan bole dirasionalkan dengan fakta sejarah ketikaMongol melakukan serangan ke atas kerajaan Singasari di Jawa, bagi menghukum Sri Maharaja Kertanagara dari kerajaan Singasari kerana tidak mau membayar ufeti kepada Kerajaan Dinasti Yuan yang ketika itu diperintah oleh bangsa Mongol; serangan ini dilancarkan pada tahun 1293, dengan sekitar 20, 000 pasukan perang  (Jack 2004:239). Besarkemungkinan, penyerangan ke atas Utara Borneo ini merupakan langkah Kublai Khan mendirikan laluan dan markas serta pelabuhan untuk kapal-kapal mereka, ketika datang ke Jawa untuk menghukum Sri Maharaja Kertanagara. Dalam erti kata lain,Utara Borneo kemungkinan dijadikan pusat persinggahan kapal-kapal Mongol. Tapiada yang mensuggestikan, penjajahan ini berterusan sampai pada zaman DinastiMing (1368–1644M).

Nunuk Ragang (Wikipedia).

6. Agak menarik kerana, ada legenda Dusun kuno mengenai  Dusun dan Mongol. Menurut satu cerita lisan Dusun, Dusun Tagahas yang terkenal dengan kegagahan mereka dalam peperangan mengatakan, leluhur mereka pernah menjadi pasukan tentera Mongol. Ada banyak legenda suku-suku Dusun mengenai kisah pasukan China ke Gunung Kinabalu untuk mendapatkan Gumala Nabalu dari Tobukar. Kononya, pasukan China ini meminta bantuan dari kaum Dusun di Nunuk Ragang. Suku-suku Dusun purba ini menetap di sekitar pohon gergasi Nunuk Ragang, dimana pohon tersebut menjadi pusat penempatan mereka. Suku-suku Dusun purba yang menetap di Nunuk Ragang ini sudah tidak wujud lagi masa kini, kerana ketika mereka berkembang banyak dan mula berhijrah, mereka mula mencipta nama baruuntuk suku mereka. Antara suku-suku Dusun purba Nunuk Ragang adalah suku DusunMaragad, Dusun Tiwango dan Dusun Togunon. Suku yang membantu pasukan China ini untuk mengambil “Butia Nabalu” adalah suku Dusun Maragad. Pada zaman ini, Nunuk Ragang merupakan sebuah pusat kerajaan Dusun purba, yang memiliki raja, memiliki pasukan tentera yang hebat berperang, bahkan memiliki pasukan keselamatan mirip polis untuk menjaga kawasan penempatan Nunuk Ragang. Tidak begitu diketahui samada kerajaan ini kerajaan indipenden atau sebuah “kerajaan satellite” di bawah kerajaan Poni, kerajaan Dusun dari Pantai Barat.

7. Kerajaan Nunuk Ragang ini menguasai kawasan Sungai Labuk, Sugut dan beberapa kawasan lain seperti Kinabatangan, semantara di Hilir Kinabatangan terdapat satu lagi kerajaan yang kemungkinan merupakan kerajaan kaum Buludupih.  Kerajaan Dusun yang lain, iaitu kerajaan Poni,runtuh sekitar tahun 1362 kerana serangan Majapahit dan A-Liko, kerajaan iniberdiri kembali di bawah pimpinan Raja Maha Mosha yang mula memerintah padatahun 1370 Masihi, di mana hubungan Dusun-China kembali dikukuhkan ketika Raja Maha Mosha memindahkan ketuannya dari Majapahit ke China dan mula membayar ufti kepada China. Di dalam legenda Dusun, ada banyak kisah perkahwinan puteri Dusun dengan gabenor, panglima dan pangeran China, salah satunya kisah perkhawinan Raja keturunan China yang menguasai Kinabatangan dengan seorang Puteri Dusun(Suhandinata, 2009:197). Beberapa penulis mensuggestikan koloni di Sabah merupakan sebuah kawasan jajahan, di mana terdapat gabenor China yang memerintah, gabenor tersebut dikatakan telah berkahwin dengan kakak kepada Raja Brunei (Cyril 1966:25). Kisah ini kemungkinan besar terjadi di zaman dinastiYuan; satu catatan menyebut bahwa Kublai Khan telah menyerang Utara Borneo danSulu, menjadikannya salah satu provinsi dinasti Yuan pada tahun 1292 (Hewett1923:157).

Salasilah Dusun Tobilung.

8. Ini agak menarik, kerana banyak orang Dusun yang mengklaim memiliki salasilah mengenai nenek moyang mereka yang berketurunan China, misalnya salasilah Dusun Tobilung, di mana dikatakan nenek moyang mereka ada yang berasal dari China. Ada satu lagi legenda Dusun mengenai Datu Gomurun, seorang penguasa Nunuk Ragang yang berasal dari Brunei, tapi dikatakan berbangsa China dan berasal dari China; kemungkinan juga ia berbangsa Dusun, tapi mengikuti rombongan Raja Poni ke China. Daripada sekian banyak legenda-legenda kuno ini, salah satu yang menarik adalah ceritalegenda kemunculan bangsa Dusun yang diceritakan oleh tokoh Dusun bernama Datu Kabong, tokoh Dusun penguasa Kiau pada zaman penerokaan awal  barat ke pedalaman Sabah. St. John dalam bukunya pada tahun 1862 mencatatkan mengenai kisah ini yang dipetik oleh Cyril dalam bukunya pada tahun 1966. Menurut cerita legenda ini yang diceritakan oleh Datu Kabong, bangsa Dusun kononya terbentuk dari hasil “persetubuhan” antara Putera Maharaja China dengan Puteri Raja Brunei (Cyril 1966:55). Cerita legenda ini kemungkinan ingin mengatakan sejarah kuno pada zaman dahulu kala, Raja Dusun yang menetap di Brunei telah menikahkan puterinya kepada Putera Maharaja China,di mana hasil perkahwinan mereka ini menghasilkan satu dinasti yang memerintah bangsa Dusun selama ribuan dan ratusan tahun


Ivor Hugh Norman Evans (I. H. N. Evans).

9. Artikel ini akan mengundang pertanyaan di benak kita : apakah Dusun ini keturunan China? Singkatnya, Dusun adalah native Bornean sesuai dengan fakta linguistik dan genetik, tetapi beberapa dari leluhur mereka kawin campur dengan orang China pada zaman dahulu. Proses kawin campur ini merupakan perkara biasa dalam semua bangsa d dunia ini. Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dengan panjang lebar oleh dua orang penulis British sejak tahun 1922, iaitu I.H.N Evans dan Owen Rutter, di mana I.H.N.Evans menolak Dusun adalah keturunan China. Beliau mengatakan, yang berlaku adalah adanya kejadian perkahwinan campur antara orang China dengan pendudukperibumi dengan jumlah yang terbatas dan kecil. Budaya ini merupakan budayabiasa yang juga berlaku di kalangan bangsa-bangsa lain selain Dusun, di mana ia berlaku ketika dua bangsa mula tinggal di satu kawasan yang sama dan mula berhubung secara sosio-ekonomi, misalnya melalui perdagangan (Evans 1922:290). Dalam kes Dusun, ia juga terjadi kerana adanya kolonialisme, perdagangan dan hubungan antara dua kerajaan kuno, di mana kerabat diraja kedua kerajaan melakukan perkahwinan campur untuk mengeratkan hubungan.

Kadayan Civilization of North Borneo.

Leave a comment